| Tarikh | 25 Oktober 2025 |
| Masa | 9.30 pagi – 1.00 petang |
| Tempat | Google Meet @ NADI Kampung Labohan Dagang |
Tujuan Aktiviti
Memberi pendedahan kepada peserta tentang cara membina dan menulis cerita secara visual dengan gabungan elemen emosi dan kreativiti (Building Stories with Brain & Heart), serta memperkenalkan teknik penulisan dan pembentangan gaya Pixar (Story Writing & Pixar Pitching) bagi meningkatkan kemahiran bercerita secara berkesan dan menarik.
Butiran Aktiviti
Webinar Visual Storytelling ini telah diadakan bagi membantu peserta memahami seni bercerita secara visual dengan menggabungkan pemikiran logik dan emosi. Sepanjang sesi yang dikendalikan oleh En. Faizal Hakimmy Husaini, peserta telah didedahkan kepada teknik membina jalan cerita yang berkesan, kaedah penulisan kreatif serta pendekatan pembentangan gaya Pixar. Aktiviti ini turut menggalakkan peserta menggunakan imaginasi dan kemahiran komunikasi visual dalam menghasilkan naratif yang menarik dan berimpak tinggi.