| Tarikh | 21 Ogos 2025 |
| Masa | 8.30 pagi |
| Tempat | SK Bukit Changgang |
Ringkasan Program
Inisiatif ini bertujuan memperkenalkan literasi Kecerdasan Buatan (AI) kepada warga sekolah dan komuniti setempat melalui aktiviti interaktif yang santai, mudah diikuti dan menyeronokkan. Fokus kami adalah memberi pendedahan asas tentang AI, penggunaan yang bertanggungjawab, serta peluang yang wujud dalam pembelajaran dan kerjaya masa hadapan.

Objektif Aktiviti
- Memperkenalkan konsep asas AI dan contoh aplikasi harian.
- Membimbing peserta mendaftar dan memulakan modul pembelajaran AI peringkat asas.
- Menggalakkan penggunaan AI secara beretika, selamat dan bertanggungjawab.
- Menyokong agenda pendigitalan komuniti melalui kolaborasi sekolah–komuniti.
