mcmc
Laporan Aktiviti

Program Siswa Bersama Komuniti (UPM) 2019 – Bahagian 2

 

Tarikh : 21 April 2019 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Labohan Dagang
Peserta : 90 orang

 

Tujuan

Mendekatkan mahasiswa dari UPM dengan komuniti setempat melalui kepelbagaian aktiviti yang diadakan

Aktiviti

Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Bakti Siswa Kumpulan 5 dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Siswa bersama Komuniti 2019 bertempat di Kampung Labohan Dagang. Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan kolaborasi antara pelajar-pelajar UPM, Pusat Internet Kg Labohan Dagang, pengurusan kampung dan Surau As-Salam. Pada hari kedua, siswa-siswi dari UPM telah mengadakan beberapa aktiviti khusus untuk pelajar-pelajar sekolah. Antaranya termasuklah senamrobik, mewarna, teka silangkata, aktiviti mural, teka-teki, kaligrafi (Tulisan Cina, Tamil dan Jawi) serta Fun with English. Hampir 60 orang pelajar sekolah yang terdiri daripada pelajar sekolah tadika, rendah dan menengah hadir bagi memeriahkan program. Sesi penutup dan penyampaian hadiah serta cabutan bertuah telah disempurnakan oleh Tuan Haji Baderon bin Sukiman selaku ketua kampung Kg Labohan Dagang.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________