Tarikh | : 20 April 2019 (Sabtu) |
Masa | : 9.00 pagi – 9.00 malam |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 50 orang |
Tujuan
Mendekatkan mahasiswa dari UPM dengan komuniti setempat melalui kepelbagaian aktiviti yang diadakan
Aktiviti
Seramai 30 peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar kursus Bakti Siswa Kumpulan 5 dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program Siswa bersama Komuniti 2019 bertempat di Kampung Labohan Dagang. Program yang berlangsung selama 2 hari ini merupakan kolaborasi antara pelajar-pelajar UPM, Pusat Internet Kg Labohan Dagang, pengurusan kampung dan Surau As-Salam. Pada hari pertama, siswa-siswi dari UPM telah mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan persekitaran Surau As-Salam dan mengecat pagar surau. Program ini turut disertai oleh kira-kira 20 orang jawatankuasa dan ahli kariah Surau As-Salam. Antara tetamu kehormat yang sempat berkunjung semasa program gotong-royong ini ialah Yang Berhormat Tuan Adif Syan Abdullah selaku ADUN Dengkil, Tuan Sethupathy dan Tuan Low Kok Hua selaku Ahli Majlis Zon 21 dan 11 serta Tuan Haji Baderon Bin Sukiman selaku ketua kampung Kg Labohan Dagang. Para peserta juga turut mengadakan kunjungan ‘Junjung Kasih’ ke beberapa buah rumah terpilih pada sebelah petang. Pada sebelah malam, diadakan ceramah agama bertajuk ‘Di Ambang Ramadan’ yang disampaikan oleh wakil pegawai dari UPM.
_____________________________________________________________________________________