| Tarikh | 7 September 2025 |
| Masa | 10 pagi- 4 petang |
| Tempat | NADI Kampung Labohan Dagang |
Tujuan Aktiviti
Tujuan aktiviti ini adalah untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan komuniti setempat sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Butiran Aktiviti
Pertandingan Mewarna Merdeka
- Sasaran: Kanak-kanak sekolah rendah
- Tujuan: Menyemai rasa cinta tanah air melalui kreativiti seni
- Faedah: Mencungkil bakat melukis/mewarna sambil memupuk nilai patriotik
Saringan Kesihatan Percuma
- Sasaran: Semua lapisan masyarakat
- Tujuan: Memberi kesedaran awal tentang penjagaan kesihatan
- Faedah: Komuniti boleh memeriksa tekanan darah, BMI, gula dalam darah serta dapat nasihat kesihatan asas
Perlawanan Friendly Mobile Legends Bang Bang (MLBB): NADI Kampung Labohan Dagang dengan NADI Kalumpang
- Sasaran: Remaja & belia
- Tujuan: Menggalakkan e-sukan sebagai aktiviti sihat untuk belia
- Faedah: Mengukuhkan hubungan persahabatan antara komuniti NADI, meningkatkan semangat berpasukan & daya saing positif
Pertandingan Hiasan Masakan
- Sasaran: Golongan dewasa & suri rumah
- Tujuan: Menyerlahkan kreativiti dalam seni hiasan makanan
- Faedah: Memupuk semangat kekeluargaan, memberi inspirasi kepada gaya masakan tempatan yang lebih kreatif dan menarik
Gambar


