
SUMBER : Laman Facebook Klik Dengan Bijak
Klik Dengan Bijak™ atau KDB akan menjalankan kempen kesedaran terhadap literasi media dan maklumat digital di kalangan pengguna Internet di Malaysia.
Bertemakan “Positif ‘n Produktif”, kempen selama 3 bulan yang bermula hari ini bertujuan untuk:
Mendidik pengguna Internet kaedah mudah menentukan kesahihan maklumat yang boleh melindungi mereka.
Mempromosi konsep masyarakat celik media dan maklumat di mana pengguna Internet tahu cara untuk mengakses maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai; memahami dan menilai maklumat; berkolaborasi; dan mencipta kandungan yang produktif ke arah sebuah masyarakat berperikemanusiaan.
Membantu pengguna Internet mengenali cara media membentuk budaya popular dan mempengaruhi pilihan peribadi.
Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya peranan mereka dalam menjadikan ruang Internet sebagai ruang yang selamat dan tidak toksik.