Bermula 1 Julai 2025, orang ramai kini boleh melaksanakan urusan pembayaran bil secara dalam talian dengan lebih mudah melalui Portal ePerkhidmatan Pos Malaysia yang kini boleh diakses di semua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terpilih.

Kemudahan ini merupakan sebahagian daripada inisiatif digitalisasi perkhidmatan yang bertujuan untuk memudahkan urusan harian komuniti setempat, terutama mereka yang berada di kawasan luar bandar.
Antara bil yang boleh dibayar termasuk:
- Bil elektrik
- Bil air
- Perkhidmatan telekomunikasi
- Cukai dan bayaran kepada pihak berkuasa tempatan
- Zakat
- Pinjaman pendidikan
- Dan lain-lain
Pengguna hanya perlu hadir ke NADI berdekatan dan menggunakan kemudahan komputer serta capaian internet yang tersedia. Petugas NADI juga sedia membantu bagi memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
Inisiatif ini menawarkan banyak kelebihan kepada pengguna, antaranya:
✅ Jimat masa dan kos perjalanan
✅ Proses yang pantas, selamat dan mesra pengguna
✅ Boleh dilakukan sendiri secara kendiri atau dibantu petugas
✅ Buka peluang celik digital dalam kalangan komuniti
Untuk membuat bayaran, pengguna boleh terus ke laman rasmi Pos Online di pautan:
🔗 https://www.posonline.com.my/PosOnline.Web.Portal/
Jom manfaatkan kemudahan digital ini di NADI berhampiran anda hari ini. Lebih mudah, lebih pantas, lebih cekap!