mcmc
Laporan Aktiviti

Open LIVE Class Dilea: Bahasa Melayu

Tujuan Aktiviti

Memberi bimbingan secara langsung kepada pelajar SPM dalam subjek Bahasa Melayu, khususnya dalam aspek penulisan, pemahaman, dan teknik menjawab soalan peperiksaan dengan lebih berkesan. Kelas ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan penguasaan bahasa dan keyakinan menjelang peperiksaan sebenar.

Butiran Aktiviti

Sesi ini merupakan kelas atas talian (LIVE) yang dibuka secara percuma kepada pelajar SPM sebagai inisiatif sokongan pembelajaran tambahan. Antara pengisian kelas termasuk:

  • Teknik menjawab soalan Kertas 1 & Kertas 2
  • Strategi penulisan karangan berkesan
  • Tips memahami petikan dan menjawab soalan rumusan
  • Penggunaan tatabahasa yang tepat dan mudah skor
  • Contoh soalan dan latihan secara interaktif bersama guru berpengalaman

Kelas ini disampaikan secara santai tetapi padat, dan terbuka kepada semua pelajar SPM yang ingin memperkukuh prestasi Bahasa Melayu.