mcmc
Keusahawanan

Nang Latar

NANGLATAR

Nang Latar menjadi satu lagi daya tarikan bagi sesiapa yang ingin berkunjung ke Kg Labohan Dagang. Kedai makan terbuka yang didirikan di laman rumah ini terletak di Jalan Aman, Kg Labohan Dagang. Dimiliki oleh usahawan wanita tempatan, kedai makan ini menawarkan menu makanan istimewa seperti nasi lemak kepak, mee kari dan soto. Terdapat juga hidangan makanan lain seperti waffle, otak-otak, roti canai, lempeng dan sebagainya. Lebih istimewa lagi, terdapat persembahan nyanyian ‘live band’ bagi menghiburkan para pengunjung pada hari-hari terpilih.  Nang Latar beroperasi dari jam 5.00 petang hingga 11.00 malam.

NANGLATAR

 

Facebook : https://www.facebook.com/NangLatarLD

Alamat      : Jalan Aman, Kg Labohan Dagang