mcmc
Laporan Aktiviti

MCMC Microsoft AI TEACH Selangor

Tarikh14-15 Disember 2024
Masa9 pagi – 6 petang
TempatNADI Kampung Labohan Dagang

Program MCMC Microsoft AI TEACH @ NADI Kampung Labohan Dagang

Pada 14 dan 15 Disember 2024, Program MCMC Microsoft AI TEACH telah berlangsung dengan jayanya di Sunway University, Subang Jaya, Selangor. Program ini turut disiarkan secara langsung di NADI Kg Labohan Dagang untuk peserta yang mengikuti secara hybrid. Sebanyak 10 orang peserta dari komuniti Labohan Dagang telah menyertai program ini secara maya.

Program yang bertemakan “Pemerkasaan Peluang Kerjaya Melalui Artificial Intelligence (AI)” ini dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Microsoft. Objektif utama program adalah:

  • Membina laluan kerjaya serta memperkenalkan pelbagai peluang pekerjaan berkaitan teknologi.
  • Memantapkan kemahiran digital peserta.
  • Memberikan pendedahan tentang peranan AI dalam ekonomi moden.

Peserta yang hadir di NADI Kg Labohan Dagang diberikan pengalaman pembelajaran interaktif melalui tayangan langsung sesi di Sunway University, termasuk ceramah, bengkel, dan latihan langsung yang relevan dengan AI. Selain itu, sijil penyertaan turut diberikan kepada peserta yang berjaya menamatkan program.

Program ini menjadi satu langkah penting dalam usaha memperkasakan komuniti luar bandar dengan teknologi terkini, seterusnya membuka peluang kepada pembangunan kerjaya yang lebih inklusif.

#MCMC #Microsoft #AITEACH #HybridLearning #AIenabledEconomy