Tarikh | : 30 Julai 2021 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Melatih peserta berniaga secara atas talian menggunakan aplikasi Whatsapp Business
Aktiviti
Dua orang wanita yang merupakan surirumah dan pelajar praktikal telah mengikuti latihan keusahawanan bersama Pusat Internet Komuntii Kg Labohan Dagang. Kelas yang diadakan secara atas talian menggunakan Google Meet ini bertujuan untuk melatih peserta menggunakan aplikasi Whatsapp Business dalam menjalankan perniagaan atas talian mereka. Peserta diberi penerangan tentang aplikasi Whatsapp Business dan diminta untuk memuat turun aplikasi tersebut dalam telefon bimbit masing-masing. Peserta kemudiannya diminta untuk mengisi maklumat perniagaan serta memasukkan gambar produk dalam katalog Whatsapp Business. Para peserta kemudiannya diberi latihan membuat pembelian dengan cara menghantar mesej kepada penjual.
_____________________________________________________________________________________