Maklumat aktiviti
Tarikh | : 12 September 2023 |
Masa | : 12.00 tengah hari – 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberi panduan kepada peserta untuk menggunakan JomPAY sebagai salah satu kaedah pembayaran atas talian.
Aktiviti
Aktiviti ini disertai oleh seorang peserta. Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan dengan pengenalan tentang JomPAY serta fungsinya. JomPAY adalah salah satu cara yang sangat mudah untuk membayar bil dan melakukan pembayaran dalam talian di Malaysia. Petugas menunjukkan langkah-langkah membuat pembayaran melalui JomPAY, iaitu:
1. Mendapatkan butiran bil.
2. Akses perkhidmatan perbankan dalam talian.
3. Cari fungsi JomPAY
4. Memasukkan butiran bil.
5. Memasukkan “biller code” dan nombor rujukan.
6. Memasukkan jumlah bayaran.
7. Mengesahkan pembayaran.
8. Menyimpan resit.
____________________________________________________________________________________