mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan September 2023: Latihan ICT – Slaid “Bendera Negeri-Negeri di Malaysia”

Maklumat aktiviti

Tarikh : 9 September 2023
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Kg. Labohan Dagang
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 

Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran ict para peserta dengan menggunakan Microsoft Office – Power Point.

Aktiviti 

Aktiviti ini disertai oleh lima orang peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah. Dalam aktiviti ini, peserta dilatih untuk menggunakan Microsoft Power Point dengan menghasilkan slaid bertajuk “Bendera Negeri-Negeri di Malaysia” bersempena Sambutan Hari Malaysia pada bulan September. Peserta dilatih untuk mencari gambar bendera negeri-negeri di Google yang menepati ciri yang sesuai untuk dimasukkan di dalam slaid mereka.

Gambar di sini 

____________________________________________________________________________________