Tarikh | : 18 September 2020 (Jumaat) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Melatih peserta menghasilkan poster promosi menggunakan Adobe Photoshop
Aktiviti
Seramai dua orang peserta telah hadir ke PI Kg Labohan Dagang untuk mengikuti siri latihan asas keusahawanan. Untuk siri latihan kali ini, para peserta diajar cara menghasilkan poster promosi menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Sebelum kelas dimulakan, para peserta dipertontonkan dengan satu video berkaitan Scammer. Para peserta kemudiannya diberi taklimat ringkas tentang Klik Dengan Bijak (Penipuan di Internet). Kemudian, para peserta diberi penerangan tentang Adobe Photoshop. Seterusnya, mereka diajar cara menambah memulakan lembaran kerja, menambahgambar latar, mengubah saiz gambar latar, mengedit gambar produk, memasukkan tulisan dan sebagainya.
_____________________________________________________________________________________