Tarikh | : 7 September 2020 (Isnin) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.30 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada peserta tentang pemasaran produk secara atas talian melalui platform Shopee
Aktiviti
Seramai 2 orang peserta telah menyertai Kelas Asas #Shopee101 yang diadakan pada Isnin yang lepas. Para peserta diberi penerangan tentang tips-tips menjalankan perniagaan menggunakan Shopee serta perkara-perkara yang perlu dilakukan bagi menjaga reputasi kedai. Para peserta kemudiannya diminta log masuk ke dalam akaun Shopee dan menggunakan bahagian Seller Centre. Selain mengemaskini maklumat dan memuatnaik produk, mereka juga diminta membeli produk di kedai antara satu sama lain untuk mengetahui proses pengurusan pesanan. Mereka juga diberi penerangan ringkas tentang bahagian pemasaran produk untuk menambah pengikut, mempromosikan kedai dan meningkatkan hasil jualan pada masa akan datang.
_____________________________________________________________________________________