mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Oktober – Kelas Facial bersama Sufi Haya dan Giffarine Malaysia

 

Tujuan

Sebagai salah satu aktiviti promosi kepada pengguna-pengguna baru di PI Kg Lbaohan Dagang.

Aktiviti

Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita telah mengikuti kelas facial yang dianjurkan oleh Sufi Haya’ dan Giffarine Malaysia. Kelas facial ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips penjagaan wajah yang betul, di samping membolehkan mereka mempelajari teknik mencuci muka dengan lebih berkesan. Program ini dikendalikan oleh Pn Asrina Jamiran dari Sufi Haya’ serta turut dihadiri oleh wakil dari Giffarine Malaysia.

Program dimulakan dengan penerangan tentang rutin asas penjagaan wajah seperti penggunaan alat pencuci muka, toner, pelembap, mask dan sunblock. Para peserta kemudiannya diajar cara mencuci muka dengan betul. Kesemua peserta berpeluang mempraktikkannya menggunakan alat-alat pencuci muka yang telah disediakan oleh penganjur.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________