Maklumat aktiviti
Tarikh | : 22 Oktober 2023 |
Masa | : 4.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mendorong pemikiran kreatif dalam menyelesaikan masalah, mengajar cara merangka pelbagai penyelesaian serta memperkukuh kemahiran penyelesaian masalah yang diperlukan dalam bidang STEM.
Aktiviti
Aktiviti ini menggunakan website engineering.com sebagai medium; permainan ini dinamakan “sugar, sugar” di mana ia merupakan permainan teka-teki strategik yang melibatkan menggambarkan garisan pada skrin untuk mengalirkan gula ke cawan yang ditetapkan. Permainan ini membolehkan pemain bermain-main dengan konsep fizik, terutamanya berkaitan dengan graviti dan sudut. Melukis garisan dengan sudut yang berbeza boleh mempengaruhi laju aliran gula, membolehkan pemain mengkaji bagaimana sudut dan arah garisan mempengaruhi pergerakan benda.
____________________________________________________________________________________