Maklumat aktiviti
Tarikh | : 28 Oktober 2023 |
Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pemahaman asas terhadap prinsip-prinsip teknikal dan mekanikal yang relevan terhadap kestabilan dan keseimbangan kapal terbang kertas.
Aktiviti
Di dalam aktiviti ini, para peserta diberi pendedahan tentang beberapa faktor terpenting dalam dalam menghasilkan kapal terbang kertas (origami) dengan bertepatan dengan konsep aerodinamik merangkumi faktor bahan, bentuk, ukuran dan struktur lipatan. Pemahaman terhadap konsep tersebut dapat sekali gus dapat membantu peserta untuk mengenalpasti masalah ketidakseimbangan kapal terbang kertas mereka.
____________________________________________________________________________________