Maklumat aktiviti
Tarikh | : 22 Oktober 2023 |
Masa | : 3.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memperkukuh pemahaman dan kefahaman mengenai isu-isu yang melibatkan Palestin serta membina kemahiran komunikasi dan pemikiran kritis.
Aktiviti
Aktiviti ini dimulakan dengan tayang beberapa video (youtube) yang menceritakan isu semasa serta konflik yang sedang terjadi di Gaza, Palestin. Video-video tersebut merangkumi perbincangan tentang sejarah, politik dan isu semasa berkaitan Palestin. Petugas bertanggungjawab untuk merumuskan maklumat-maklumat tersebut agar mudah difahami. Seterusnya, peserta dikehendaki untuk menjelaskan semula pemahaman mereka secara ringkas berkaitan isu dan konflik Palestin.
Aktiviti ini, sekali gus dapat memupuk kesedaran dan pendedahan awal kepada peserta terhadap kepentingan bersolidariti kepada nasib Palestin. Selain itu, aktiviti ini turut dapat memupuk nilai aktivisme, simpati dan empati.
____________________________________________________________________________________