mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Oktober 2021 : E-Tuisyen – Kelas Asas Rubik

Tarikh : 2 Oktober 2021 (Sabtu)
Masa : 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 2 orang

Tujuan 

Membolehkan peserta belajar asas bermain kiub rubik.

Aktiviti

Dua orang peserta telah mengikuti kelas Asas Kiub Rubik yang diadakan secara atas talian. Kelas ini dikendalikan oleh saudara Zabli Ab Hadi, Master Rubik yang juga merupakan salah seorang petugas Pusat Internet Komuniti. Kelas ini disampaikan menerusi aplikasi Zoom dan disertai oleh lebih 100 peserta dari seluruh negara. Peserta diberi penerangan tentang komponen dalam kiub rubik serta menerima tunjuk ajar tentang cara bermain dan menggerakkan kiub rubik dengan pantas.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________