Tarikh | : 20 Ogos 2018 (Isnin) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 11 orang |
Tujuan
Menyemarakkan aktiviti sambutan bulan kemerdekaan, di samping menguji minda para peserta melalui soalan-soalan yang disiarkan.
Aktiviti
Seramai 11 orang peserta telah menyertai program Kuiz Kahoot Merdeka yang diadakan pada sebelah petang. Sebelum kuiz bermula, para peserta ditayangkan dengan video bertemakan Klik Dengan Bijak, khusus bagi memberi kesedaran tentang bahaya Buli Siber.
Para peserta kemudiannya mendapatkan komputer dan telefon bimbit masing-masing serta mendaftar di dalam sistem Kahoot.it. Para peserta kemudiannya menjawab 20 soalan kuiz yang telah disediakan oleh petugas. 3 pemenang dengan markah tertinggi menerima cenderahati daripada petugas.
Para peserta juga diberi peluang memuat turun aplikasi Dashboard Komuniti dan menghantar ucapan hari raya melalui aplikasi My Komuniti.
_____________________________________________________________________________________