Maklumat aktiviti
Tarikh | : 10 Ogos 2024 |
Masa | : 3.00 – 4.00 petang |
Lokasi | : NADI Labohan Dagang |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengasah kemahiran berfikir secara kritis dan logik dalam kalangan peserta. Melalui permainan teka silang kata dan maze, peserta akan dapat meningkatkan kemampuan analisis, penyelesaian masalah, serta ketajaman minda. Aktiviti ini juga menyemai semangat patriotisme dengan tema kemerdekaan.
Aktiviti
Modul Aktiviti:
1. Teka Silang Kata: Peserta dikehendaki menyelesaikan teka silang kata berkaitan tema kemerdekaan.
2. Maze (Laluan Berhalang): Peserta perlu menyelesaikan laluan maze dengan fokus pada strategi dan perancangan.
Aktiviti ini menggabungkan 3 aspek iaitu melatih kemahiran berfikir secara kritis, menggalakkan kreativiti dalam menyelesaikan masalah dan meningkatkan kefahaman mengenai tema kemerdekaan Malaysia.
____________________________________________________________________________________