mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos 2024: Cipta sajak Kemerdekaan dengan ChatGPT

Maklumat aktiviti

Tarikh : 4 Ogos 2024
Masa : 3.00 – 4.00 petang
Lokasi : NADI Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Aktiviti ini bertujuan untuk mengembangkan kemahiran berbahasa dan kreativiti peserta dalam menulis sajak bertemakan kemerdekaan Malaysia. Melalui bantuan ChatGPT, peserta dapat belajar menghasilkan sajak yang mempunyai tema, rima, dan makna yang mendalam.

Aktiviti

Butiran aktiviti seperti berikut:

1. Pengenalan: Penerangan ciri-ciri sajak seperti tema, rima dan struktur.

2. Interaksi dengan ChatGPT: Peserta diberikan akses kepada ChatGPT sebagai alat bantu untuk mencipta sajak. ChatGPT akan memberikan cadangan frasa atau idea berdasarkan tema yang dipilih.

3.  Menulis dan mengedit: Peserta menulis sajak menggunakan idea yang diperoleh. Mereka juga boleh meminta ChatGPT untuk memperbaiki sajak tersebut.

4. Pembentangan.

Aktiviti ini bukan sahaja membina kreativiti dalam penulisan sajak tetapi juga mengembangkan pelbagai kemahiran ICT yang relevan dalam kehidupan harian dan masa depan peserta.

Gambar

____________________________________________________________________________________