Maklumat aktiviti
Tarikh | : 20 Ogos 2023 |
Masa | : 3 – 5 petang |
Lokasi | : PEDi Kg. Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran ICT peserta dalam penggunaan Microsoft Office Word untuk kerja-kerja perkeranian.
Aktiviti
Di dalam aktiviti ini, peserta dilatih untuk menggunakan perisian Microsoft Office. Mereka dilatih secara praktikal untuk menggunakan fungsi-fungsi asas/biasa yang terdapat dalam Microsoft Word seperti Font, Paragraph, Styles, Clipboard, Undo, Pages, Tables, Header & Footer dan Symbols.
Seterusnya, peserta dikehendaki menyiapkan tugasan yang disediakan petugas mengikut arahan; seperti menaip perenggan teks menggunakan format tertentu, memasukkan bentuk beserta warna, memasukkan gambar dengan kata kunci yang ditetapkan.
Daripada aktiviti ini, peserta dapat membiasakan diri mereka dalam penggunakan Microsoft Office Word.
____________________________________________________________________________________