Maklumat aktiviti
Tarikh | : 19 Ogos 2023 |
Masa | : 3 – 4 petang |
Lokasi | : PEDi Kg. Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran ICT peserta dengan mencipta poster kemerdekaan digital sempena bulan kemerdekaan 2023.
Aktiviti
Di dalam aktiviti ini, peserta dikenalkan dengan website penyuntingan digital iaitu Canva. Peserta dibimbing untuk melakukan pendaftaran akaun menggunakan emel peribadi masing-masing. Kemudian, mereka dikenalkan dengan fungsi-fungsi yang terdapat di Canva antaranya Create a design, Custom Size, Elements, Text dan Effect. Pemahaman dan penggunaan secara aktif dan kreatif terhadap fungsi-fungsi tersebut dapat membantu peserta untuk menghasilkan poster kemerdekaan digital.
____________________________________________________________________________________