Tarikh | : 13 Ogos 2021 (Jumaat) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Membolehkan peserta belajar cara mendaftar syarikat secara atas talian
Aktiviti
Dua orang usahawan lelaki telah datang ke PIK Kg Labohan Dagang untuk mempelajari cara mendaftar perniagaan/syarikat secara atas talian. Kedua-dua peserta dikehendaki membawa dikumen yang diperkukan seperti gambar kad pengenalan, gambar selfi bersama kad pengenalan, dokumen penegnalan sokongan dan gambar-gambar berkaitan perniagaan yang diusahakan. Peserta diminta untuk mencipta akaun di laman sesawang ezbiz.ssm.com.my dan membuat pengesahan identiti terlebih dahulu. Selepeas pengesahan identiti berjaya, peserta mula mendaftar perniagaan dengan memasukkan butir-butir maklumat tentang perniagaan yang bakal dijalankan. Proses kelulusan mengambil masa beberapa hari, bergantung kepada pegawai SS yang membuat semakan.
_____________________________________________________________________________________