mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Ogos 2021 : Latihan Keusahawanan – Whatsapp for Business

Tarikh : 22 Ogos 2021 (Ahad)
Masa : 11.00 pagi – 1.000 tengah hari
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Membolehkan peserta belajar cara menggunakan aplikasi Whatsapp Business

Aktiviti

Seorang peserta telah mengikuti Latihan Keusahawanan – Kelas Whatsapp for Business yang diadakan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Peserta ini merupakan individu yang membantu menguruskan jualan di kedai kerepek yang terdapat di kampung ini. Peserta ingin mempelajari cara menggunakan Whatsapp Business bagi memudahkan urusan pemilik kedai kerepek berurusan dnegan pelanggan. Peserta diminta untuk memuat turun aplikasi Whatsapp Business di Google Play Store terlebih dahulu. Kemudian, peserta diminta untuk mengemaksini maklumat perniagaan pada Whatsapp Business. Peserta diajar cara mencipta katalog dan memasukkan gambar beserta maklumat berkaitan. Peserta juga diajar cara untuk membuat tetapan pada mesej auto-reply yang terdapat pada Whatsapp Business.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________