Tarikh | : 20 Ogos 2021 (Jumaat) |
Masa | : 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Melatih peserta berniaga secara atas talian menggunakan Shopee
Aktiviti
Seorang peserta telah mengikuti Kelas Asas Shopee Bahagian Ketiga. Kali ini, peserta diajar tentang cara melakukan promosi menggunakan alat yang terdapat pada bahagian Pusat Pemasaran. Antara bentuk promosi yang boleh dilakukan termasuklah pemberian diskaun dan baucer. Peserta juga diajar cara menggunakan Shopee Adds untuk meningkatkan lagi jumlah kunjungan ke kedai Shopee.
_____________________________________________________________________________________