Tarikh | : 25-30 November 2020 (Rabu – Isnin) |
Masa | : 5.00 petang – 6.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 54 orang |
Tujuan
Mempromosikan Pusat Internet Komuniti kepada orang ramai, di samping menyampaikan mesej advokasi
Aktiviti
Satu kuiz telah dijalankan secara atas talian menggunakan Google Form. Kuiz ini terbuka kepada warga komuniti, khususnya penduduk-penduduk di Kg labohan Dagang dan kawasan sekitar. Kuiz ini berlangsung selama 5 hari, iaitu bermula dari 25 November hingga 30 November 2020. Seramai 54 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia telah menyertai kuiz ini. Soalan kuiz terbahagi kepada 5 bahagian, iaitu maklumat am, Menarik di Kg Labohan Dagang, Pusat Internet Komuniti, advokasi serta Covid-19. Para peserta perlu menjawab kesemua soalan yang diberi dan pemenang ditentukan berdasarkan markah yang paling tinggi dan paling cepat menjawab kuiz.
_____________________________________________________________________________________