Tarikh | : 23 Mei 2021 (Ahad) |
Masa | : 11.00 am – 12.00 pm |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Membolehkan pelajar mengikuti kelas tambahan secara atas talian
Aktiviti
Seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun 6 telah mengikuti kelas E-Tuisyen yang diadakan secara atas talian. Kelas ini berlangsung menggunakan aplikasi Zoom dan melibatkan puluhan peserta daripada pelbagai negeri. Ketiga-tiga pelajar ini telah mempelajari subjek Matematik yang dikendalikan oleh tenaga pengajar jemputan, Cikgu Faaiqah. Sebelum kelas bermula, Cikgu Faaiqah menerangkan tentang topik pembelajaran pada hari tersebut. Mereka kemudiannya diberi latihan dan dikehendaki menjawab soalan di ruangan chat.
_____________________________________________________________________________________