Tarikh | : 12 Mac 2020 (Khamis) |
Masa | : 9.00 pagi – 10.00 pagi |
Lokasi | : Bengkel Jahitan KEMAS & Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 27 orang |
Tujuan
Menjalankan aktiviti sukaneka bersama pelajar-pejar Tabika KEMAS Layang Labi
Aktiviti
Seramai 27 orang peserta dari Tabika KEMAS Layang Labi telah menyertai sukaneka bersempena pra-program Hari Bersama Komuniti. Kesemua pelajar melakukan aktiviti memanaskan badan. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kesemua pelajar mengikuti tiga jenis sukaneka, iaitu meleret bola menggunakan gelung rotan, berjalan dan membawa pundi kacang serta isi air dalam botol. Selepas selesai bersukan, sesi penyampaian hadiah dilakukan. Setiap pelajar menerima buku nota dan goodies daripada Pusat Internet.
_____________________________________________________________________________________