Tarikh | : 11 Mac 2020 (Rabu) |
Masa | : 3.00 petang – 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kanchong Darat |
Peserta | : 18 orang |
Tujuan
Mengajar teknik memanipulasi gambar menggunakan aplikasi Adobe Photoshop
Aktiviti
Seramai 18 orang peserta dari Kelab Fotografi, SAM Unwanus Saadah telah mengikuti Bengkel Manipulasi Gambar Menggunakan Adobe Photoshop di Pusat Internet Kanchong Darat. Program ini dikendalikan oleh penolong pengurus Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Sebelum kelas bermula, para pelajar diberi tayangan video berkaitan Covid-19 dan advokasi Sebenarnya.my. Para peserta kemudiannya diajar mengedit gambar menggunakan lima tools yang terdapat dalam aplikasi Adobe Photoshop. Kesemua peserta mencuba mengedit gambar menggunakan aplikasi tersebut. Sebelum porgram berakhir, sesi penyampaian sijil dan cenderahati berlangsung.
_____________________________________________________________________________________