mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC 2021 : KELAS ONLINE PASCA COVID-19 (MOBILE GAMES APPS)

Tarikh : 20 Mac 2021 (Sabtu)
Masa : 9.00 am – 1.00 pm
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 2 orang di PIK + 2 peserta di rumah

Tujuan 

Memberi pendedahan tentang cara menghasilkan permainan video telefon bimbit melalui aplikasi

Aktiviti

Siri Kelas Online Pasca Covid-19 ketiga telah diadakan pada 20 Mac 2021. Kelas anjuran Innovative Learning Network ini disertai oleh 33 orang peserta dari seluruh Malaysia dan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Kelas ini dikendalikan oleh saudara Syamil dari Syumul Studio. Antara topik yang dibincangkan ialah pengenalan tentang Game Mobile apps, demo dan sebagainya. Sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman turut diadakan pada akhir sesi kelas.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________