mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC 2021 : KELAS ONLINE PASCA COVID-19 (CAREER AS CONTENT CREATOR)

Tarikh : 2 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 9.00 am – 12.0 pm
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 38 orang (1 orang di PIK)

Tujuan 

Memberi pendedahan tentang kerjaya sebagai seorang Content Creator

Aktiviti

Siri kelas Pasca Covid-19 yang pertama telah diadakan pada 6 Mac baru-baru ini. Kelas yang dianjurkan oleh pihak Innovative Learning Network (ILN) bertujuan untuk memberi pendedahan dan menambahkan kemahiran kepada komuniti. Dikendalikan oleh saudara Kamarul Ariffin atau Che Kam, pemilik channel Youtube dan Facebook Page Dapur Che Kam, kelas ini diadakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom dan disertai oleh 38 orang peserta dari seluruh Malaysia. Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan daripada wakil ILN. Seterusnya, Che Kam mengambil alih kelas dengan menerangkan serba sedikit tentang kerjaya sebagai Content Creator dan berkongsi pengalaman dan kepakarannya dalam membina kandungan di media sosial. Kelas diakhiri dengan sesi soal jawab bersama para peserta.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________