mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN MAC 2021 : E-PERKHIDMATAN (PENDAFTARAN SSM SECARA ATAS TALIAN)

Tarikh : 22 Mac 2021 (Isnin)
Masa : 11.00 am – 12.00 pm
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

Tujuan 

Mengajar peserta cara mendaftar syarikat secara atas talian

Aktiviti

Seorang wanita yang merupakan surirumah sepenuh masa dan peniaga online telah berkunjung ke PIK Kg Labohan Dagang untukm mendapatkan maklumat tentang pendaftaran syarikat secara atas talian. Peserta tersebut diterangkan tentang Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan khusus untuk membantu usahawan dari golongan B40 dan pelajar yang berniaga untuk mendaftarkan syarikat dan perniagaan mereka secara percuma. Peserta diterangkan tentang perbezaan antara perniagaan menggunakan nama sendiri dan nama trend serta kadar bayaran yang akan dikenakan sekiranya peserta ingin membuat pembaharuan pada tahun berikutnya. Peserta kemudiannya diminta mendaftar akaun dan mengisi maklumat yang diperlukan di laman sesawang ezbiz.ssm.com.my beserta dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________