mcmc
Laporan Aktiviti

Laporan Julai 2023: STEM IoT – Mesin dan Gear

Maklumat aktiviti

Tarikh : 28 Julai 2023
Masa : 3 – 5 petang
Lokasi : PEDi Labohan Dagang
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Tujuan aktiviti ini ialah untuk meningkatkan kemahiran STEM dalam kalangan peserta.

Aktiviti

Di dalam aktiviti ini, peserta dikenalkan dengan satu aplikasi permainan yang terdapat di dalam Google Play store iaitu “Steampunk Idle Spinner Factory”. Petugas memberi panduan bermain kepada peserta dan menunjukkan tutorial permainan.

Aktiviti ini dapat meningkatkan upaya dan kemahiran penerokaan dan kecerdasan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam diri peserta. Aktiviti ini sekali gus memberi pendedahan awal kepada peserta terhadap pengetahuan dan kemahiran STEM.

____________________________________________________________________________________