Maklumat aktiviti
Tarikh | : 25 Julai 2023 |
Masa | : 9 – 11 pagi |
Lokasi | : PEDi Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan aktiviti ini adalah untuk memberikan panduan, strategi, dan pengetahuan kepada pengguna Shopee sama ada sebagai penjual mahupun pembeli.
Aktiviti
Dalam aktiviti ini, peserta didedahkan tentang aspek dan panduan-panduan dalam penggunaan Shopee sebagai medium perniagaan dan pembelian:
• Panduan penjimatan perbelanjaan
• Cara mencari produk yang terbaik
• Memahami fungsi-fungsi di shopee
• Fungsi keselamatan
• “Review” pengguna.
Daripada aktiviti ini, peserta dapat memaksimumkan pengalaman perbelanjaan dan jualan mereka, mendapatkan penawaran terbaik, dan melakukan transaksi dengan lebih efisien dan cerdas.
____________________________________________________________________________________