Maklumat aktiviti
Tarikh | : 12 Julai 2023 |
Masa | : 11 pagi – 1 petang |
Lokasi | : ZOOM |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Tujuan utama webinar ini adalah sebagai platform pendidikan dan perkongsian maklumat tentang pertanian pintar kepada peserta yang tergolong daripada petani dan usahawan tani.
Aktiviti
Aktiviti ini berlangsung secara atas talian iaitu webinar yang disampaikan oleh pengajar dari Innovative Learning Network (ILN), MSD Group. Di dalam webinar ini, peserta didedahkan kepada pengetahuan tentang konsep, teknologi dan amalan terkini dalam pertanian pintar. Ia melibatkan maklumat tentang penggunaan teknologi seperti sensor, kemera litar tertutup (cctv), remote dan sebagainya dalam amalan pertanian masa kini.
Selain itu, peserta juga diberi pendedahan, pemahaman dan kesedaran tentang manfaat dan potensi pertanian pintar dalam menghadapi cabaran pertanian moden.
____________________________________________________________________________________