Tarikh | : 30 Julai 2021 (Sabtu) |
Masa | : 2.00 petang – 4.00 petang |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Melatih peserta berniaga secara atas talian menggunakan Shopee
Aktiviti
Dua orang peserta wanita yang merupakan usahawan Shopee telah mengikuti sesi latihan keusahawanan bagi modul Shopee Advance. Kedua-dua peserta pernah mengikuti kelas asas Shopee sebelum ini. Kali ini, mereka diajar teknik pemasaran menggunakan Shopee Ads. Para peserta juga diberi taklimat tentang Pertandingan Usahawan Online Pusat Internet Komuniti yang akan bermula pada 1 Ogos ini. Kedua-dua peserta diberi peluang untuk bertanyakan soalan atau mengemukakan permasalahan sepanjang mereka menjadi seorang penjual di Shopee.
_____________________________________________________________________________________