Tarikh | : 18 Julai 2021 (Ahad) |
Masa | : 10.00 am – 12.00 pm |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang (Google Meet) |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Melatih peserta berniaga secara atas talian menggunakan platform Shopee
Aktiviti
Seorang surirumah telah mengikuti Latihan Keusahawanan – Kelas Asas Shopee yang diadakan secara atas talian melalui platform Google Meet. Peserta berhasrat untuk menjana pendapatan sampingan melalui jualan kotak hadiah (giftbox). Peserta terlebih dahulu diberi penerangan tentang aplikasi Shopee dan kelebihannya. Kemudian, peserta diajar cara mendaftar akaun Shopee sebagai penjual, di samping mengemaskini beberapa maklumat penting. Peserta kemudiannya memuat naik produk beserta maklumat yang berkaitan.
_____________________________________________________________________________________