Tarikh | : 6 Julai 2020 (Isnin) |
Masa | : 10.00 pagi – 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Melatih peserta menghasilkan poster secara online
Aktiviti
4 orang peserta telah mengikuti Kelas Asas Komputer di Pusat Internet Kg Labohan Dagang. Kelas ini menggunakan aplikasi Google Meet sebagai medium perhubungan antara pengajar dan peserta bagi mengurangkan interaksi sosial secara langsung. Pada permulaan kelas, peserta telah dipertonton dengan video berkenaan Klik Dengan Bijak. Kemudian, peserta diterangkan tentang laman sesawang www.postermywall.com. Aplikasi yang terdapat dalam laman sesawang ini membolehkan peserta membuat poster menggunakan rekaan sedia ada. Peserta kemudiannya ditugaskan menghasilkan poster menggunakan maklumat yang diberi sebagai panduan.
_____________________________________________________________________________________