mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN JANUARI 2021 : AKTIVITI ONLINE (BINA AYAT BERDASARKAN FRASA)

Tarikh : 23 – 30 Januari 2021
Lokasi : Atas Talian (Google Form)
Peserta : 17 orang

Tujuan 

Mengisi masa lapang semasa musim PKP dengan aktiviti online

Aktiviti

Seramai 17 peserta daripada lima buah keluarga telah menyertai aktiviti online, iaitu dengan membina perkataan-perkataan baharu daripada frasa ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’. Aktiviti ini sebagai salah satu pengisian masa lapang semasa musim PKP dan dijalankan secara berkumpulan bersama keluarga. Para peserta diminta menyenaraikan seberapa banyak perkataan baharu daripada frasa ‘Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong’. Kemudian, mereka perlu mengisi maklumat penyertaan di borang Google Form yang diberi. Petugas akan memeriksa perkataan-perkataan tersebut terlebih dahulu melalui kamus online sebelum menentukan pemenang mengikut jumlah perkataan yang paling banyak disenaraikan.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________