Tarikh | : 18 Februari 2022 (Jumaat) |
Masa | : 9.30.00 – 11.00 pagi |
Lokasi | : Tabika Kemas Layang Labi |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Memperkenalkan huruf hijaiyah kepada kanak-kanak Tabika Kemas
Aktiviti
Seramai 20 orang kanak-kanak dari Tabika Kemas Layang Labi telah menyertai kelas Iqra Interaktif bersama Kanak-Kanak Tabika Kemas. Program ini adalah untuk memperkenalkan huruf hijaiyah secara interaktif kepada para peserta. Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan huruf hijaiyah oleh pengurus PEDi Kg Labohan Dagang. Para peserta kemudiannya diberi tugasan mewarna huruf hijaiyah yang diberi. Peserta kemudiannya diberi tayangan video lagu nyanyian Alif Ba Ta dan peserta diminta untuk bernyanyi bersama. Peserta kemudiannya diminta meneka huruf-huruf hijaiyah yang ditulis di atas papan putih. Para peserta kemudiannya diberi latihan kedua, iaitu menulis huruf-huruf hijaiyah dengan cara yang betul. Kelas diakhiri dengan sesi mengaji Iqra dengan tunjuk ajar oleh petugas PEDi dan guru Tabika Kemas Layang Labi.
____________________________________________________________________________________