Tarikh | : 16 Februari 2021 (Selasa) |
Masa | : 12.30 pm – 1.30 pm |
Lokasi | : Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Mengikuti taklimat daripada pegawai KEMAS melalui Microsoft Team
Aktiviti
Seramai 4 orang guru KEMAS dari beberapa buah Tabika KEMAS berhampiran telah hadir ke PIK Kg Labohan Dagang untuk menggunakan kemudahan yang ada bagi mengikuti sesi taklimat khas. Taklimat khas ini disampaikan oleh pegawai KEMAS, khusus untuk guru-guru Tabika KEMAS sebagai persediaan sesi pembukaan semula persekolahan tidak lama lagi. Keempat-empat guru Tabika ini menggunakan kemudahan bilik latihan dan projektor untuk sesi taklimat tersebut. Antara fokus taklimat adalah berkaitan SOP yang perlu dipatuhi serta masalah-masalah berbangkit di Tabika masing-masing.
_____________________________________________________________________________________