Tarikh | : 3 Disember 2021 (Sabtu) |
Masa | : 11.30 pagi – 6.00 petang |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Tujuan
Lawatan Pengerusi MCMC ke PEDi Kg Labohan Dagang
Aktiviti
Pada 3 Disember yang lepas, Pengerusi MCMC, Ybrs Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek beserta delegasi dari MCMC telah mengadakan lawatan ke PEDi Kg Labohan Dagang. Lawatan dimulakan dengan kunjungan ke PEDi Taman Harmoni pada sebelah pagi, disusuli lawatan ke Menara telco yang terletak di Kg Labohan Dagang. Delegasi ini singgah sebentar ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk makan tengah hari dan solat Jumaat di Masjid Al-Mutmainnah Kg Labohan Dagang. Selepas solat Jumaat, delegasi kembali semula ke PEDi Kg Labohan Dagang untuk aktiviti berikutnya. Delegasi singgah ke booth usahawan yang mempamer dan memasarkan produk keluaran masing-masing, Ybrs Dr Fadhlullah dan pengurusan tertinggi MCMC kemudiannya mendengar pembentangan daripada wakil petugas PEDi Kluster Kuala Langat & Klang, beserta sesi soal jawab bersama usahawan dan panel penasihat yang dijemput. Delegasi ini kemudiannya mengadakan mesyuarat tertutup secara atas talian bersama wakil telco, sebelum disambung dengan pembentangan daripada wakil usahawan-usahawan terpilih dari PEDi negeri Selangor. Lawatan diakhiri dengan sesi kunjungan ke showroom Kerepek Umi House bagi beramah mesra bersama pemiliknya.
____________________________________________________________________________________