Tarikh | : 26 Disember 2020 (Sabtu) |
Masa | : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Mengajar cara menjadi seorang penjual di Shopee
Aktiviti
Satu sesi latihan keusahawanan telah diadakan bertempat di PIK Kg Labohan Dagang dengan mempraktikkan amalan norma baharu. Kelas ini bertujuan untuk mengajar peserta mendaftar akan sebagai penjual di laman Shopee. Peserta diminta untuk log masuk ke dalam akaun Shopee sedia ada dan mengemaskini maklumat-maklumat yang diperlukan. Peserta kemudiannya diberi penerangan tentang Shopee, produk-produk yang mendapat permintaan tinggi di pasaran, tips-tips menjadi seorang penjual yanga baik, cara menjaga reputasi kedai dan isu-isu berkaitan pengeposan dan pemasaran.
_____________________________________________________________________________________