mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN DISEMBER 2020 : E-PEMBELAJARAN (MEWARNA ATAS TALIAN )

Tarikh : 12 hingga 20 Disember 2020 (Sabtu hingga Ahad)
Masa : 10.00 pagi – 11.00 pagi
Lokasi : Atas Talian (lol.disney.com)
Peserta : 37 orang

Tujuan 

Mengisi masa lapang sepanjang tempoh PKPB dengan aktiviti mewarna secara atas talian

Aktiviti

Satu program mewarna secara atas talian telah dijalankan oleh PIK Kg Labohan Dagang. Aktiviti ini merupakan salah satu program pengisian bagi mengisi masa lapang warga komuniti yang masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan di daerah Kuala Langat. Aktiviti ini terbahagi kepada 4 kategori, iaitu Kategori 4-6 tahun, Kategori 7-12 tahun, Kategori 13-17 tahun dan Kategori 18 tahun ke atas. Program ini mendapat sambutan daripada komuniti di sekitar Kg Labohan Dagang dan luar dari Selangor. Para peserta dikehendaki membuka pautan yang diberi dan mewarna menggunakan alatan yang disediakan dalam laman sesawang tersebut.

Kategori 18 tahun ke atas : Gambar Di Sini

Kategori 13 – 17 tahun : Gambar Di Sini 

Kategori 7 – 12 tahun : Gambar Di Sini

Kategori 4 – 6 tahun : Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________