Tarikh | : 23 Disember 2020 (Rabu) |
Masa | : 8.30 malam – 9.30 malam |
Lokasi | : Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan tentang Klik Dengan Bijak
Aktiviti
Satu sesi tayangan video berkaitan Klik Dengan Bijak telah diadakan di Kg Labohan Dagang dan melibatkan lima peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Program ini merupakan aktiviti selingan untuk mengisi masa lapang para peserta sepanjang tempoh ‘blackout’ di Kg Labohan Dagang. Lebih 10 video pendek yang berkisar tentang buli siber, ketagihan internet, penyebaran maklumat palsu dan sebagainya telah ditayangkan dan mengambil masa kira-kira sejam. Petugas kemudiannya bersoal jawab dengan peserta bagi mendapatkan kefahaman mereka tentang video yang ditayangkan,
_____________________________________________________________________________________