Tarikh | : 25 April 2021 (Ahad) |
Masa | : 2.00 PM – 3.30 PM |
Lokasi | : PIK Kg Labohan Dagang |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Mengenali fungsi-fungsi yang terdapat dalam enjin carian Google
Aktiviti
Seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti Kelas Interaktif ICT. Kelas ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang enjin carian Google. Sebelum kelas bermula, para peserta telah dipertonton dengan video bertemakan Klik Dengan Bijak dan diberi penerangan tentang bahaya penyebaran maklumat palsu. Kemudian, para peserta diajar cara menggunakan enjin carian Google seperti mencari maklumat, mencari dan menyimpan gambar, menggunakan Google Maps dan juga Google Translate.
_____________________________________________________________________________________