mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN APRIL 2021 : KELAS E-TUISYEN (SUBJEK MATEMATIK TAHUN 6) 25 APRIL 2021

Tarikh : 25 April 2021 (Ahad)
Masa : 3.30 pm – 4.30 pm
Lokasi : PIK Kg Labohan Dagang
Peserta : 3 orang

Tujuan 

Membolehkan pelajar mengikuti kelas tambahan secara atas talian

Aktiviti

Seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada murid Tahun 6 telah mengikuti kelas E-Tuisyen yang diadakan secara atas talian. Kelas ini berlangsung menggunakan aplikasi Zoom dan melibatkan kira-kira 100 peserta daripada pelbagai negeri. Ketiga-tiga pelajar ini telah mempelajari subjek Matematik yang dikendalikan oleh tenaga pengajar jemputan, Cikgu Faaiqah. Sebelum kelas bermula, Cikgu Faaiqah memperkenalkan diri dan menerangkan tentang topik pembelajaran pada hari tersebut. Para peserta kemudiannya diberi penerangan tentang topik yang bakal dipelajari oleh mereka pada hari tersebut, Mereka kemudiannya diberi latihan dan dikehendaki menjawab soalan di ruangan chat.

Gambar Di Sini

_____________________________________________________________________________________